Kamis, 24 November 2011

Serangkai Bunga Cinta


cinta ... cinta ... cinta


Cinta, suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata.
Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri.
Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami.
Uniknya cinta, kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung.


Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada diri, sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya.
Jika sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis.
Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan.


Namun Cinta mampu menjadi motivasi terbaik bagi manusia, merupakan kebahagiaan.
Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagia lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Bercintalah sehebat manapun, selagi tidak membuahkan kebodohan sebagaimana Laila terhadap Majnun, serta pasangan Romeo; Juliet.
Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa beriman malah berperibadi mulia.



Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi.
Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untukya.


Dari Yang Rindu nur Ilahi : Imam Muslih

0 komentar: